Skip to main content

LATAR BELAKANG KDBK

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan lambang jati diri, identiti dan kedaulatan negara. Penggunaan bahasa kebangsaan yang meluas dan berkualiti dalam pelbagai ranah kehidupan perlu terus diperkasakan agar bahasa Melayu kekal relevan sebagai bahasa komunikasi, ilmu, perpaduan dan peradaban.

Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) merupakan salah satu wadah penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bahasa kebangsaan serta menggalakkan penggunaannya secara meluas dalam kehidupan seharian.

Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan (KDBK) 2026 dicadangkan sebagai program berskala besar yang menghimpunkan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, pendidikan, kesenian, kreativiti dan teknologi dalam satu platform yang lebih terbuka dan inklusif.

Berbeza daripada pendekatan program berbentuk konvensional, KDBK 2026 dicadangkan menggunakan konsep karnival bahasa untuk masyarakat dengan menyediakan pengalaman interaktif dan menyeronokkan kepada pengunjung melalui pertandingan, persembahan, pameran, permainan bahasa, pidato, bengkel serta aktiviti digital.

Pendekatan ini dijangka dapat memperluas capaian agenda pemartabatan bahasa kebangsaan, khususnya kepada golongan muda dan masyarakat umum.

Restu Jiwa Pahlawan